Iklan Panas

Gejala Murtad - Implikasi Murtad


1. Disuruh bertaubat
Apabila seseorang telah sabit murtad, dia perlu diberikan nasihat dan kaunseling, juga disuruh bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali. diamesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut mengikut Jamhur Ulama selama tiga hari tiga malam. Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu kembali kepada Islam semula, taubatnya diterima dengan melalui beberapa perkara seperti mengucap dua kalimah syahadah semula dan menginsafi segala kesalahan dan perlu membuat pengakuan atau ikrar atas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi murtad.


2. Dijatuhkan hukuman bunuh.
Apabila orang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan atau dikaunselingkan dalam tempoh masa yang ditemtukan, maka dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya. Hukuman bunuh seperti si atas telah pun dijalankan oleh sabahat-sahabat Rasullullah S.A.W. antara nya Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Ali Bin Abu Talib pada zaman pemerintahan masing-masing.

3. Dirampas hartanya.
Setelah sabut seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya akan dirampas dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletakkan di bawah pengawasan ketua negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu diambil untuk urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil hartanya sekadar perlu sahaja, Sekirannya dia bertaubat memeluk Islam semula , harta tersebut diserah balik kepadanya.


4. Terputus hubungan suami isteri.
Orang murtad dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatukan hukuman bunuh, apabila tidak mahu bertaubat. Sekiranya salah seorang suami atau isteri murtad, maka pernikahan kedua-dianya terbatal. Walaupun begitu, sekiranya murtad kembali bertaubat (masuk Islam semula) dalam masa edah isterinya belum habis(tamat) maka kedua-dua bekas pasangan suami isteri tersebut dikira kembali seperti asal. Tidak perlu akad nikah baru, Tetapi jika dia tidak bertaubat dalam masa edah isterinya tamat , nikah tersebut dianggap terbatal.


5. Penyembelihan tidak halal dan segala pahala ibadatnya terbatal.
Penyembelihan orang murtad tidak halaldan haram dimakan. Hukumnya sama dengan hukum penyembelihan orang kafir yang enyembah berhala. Selain itu pahala amalan soleh atau pahala ibadat yang sikerjakan, walaupun berapa banyak sekalipun menjadi sia-sia. Ini akan berlaku sekiranya dia murtad secara berterusan sehingga mati di dalam kufur. Tetapi sekiranya dia bertaubat dan kembali kepada Islam semula, maka dia dituntut supaya menggantikan amalan-amalan ibadat seperti sembahyang,puasa dan zakat yang ditinggal sepanjang tempoh murtad tersebut. Adapun haji yang dikerjakan sebelum murtad tidak perlu digantikan.

Pendahuluan
Definisi Murtad
Perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad
Faktor-faktor yang membawa kepada murtad
Implikasi murtad
Syor untuk mencegah gejala murtad
Kesimpulan


No comments:

Post a Comment

Apesal? Apesal? Apesal?

OhBelog? OhBelog? OhBelog

ZuLKiM Blogger