Sebenar-benar Jihad
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, seorang lelaki bertanya : wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama? jawab Baginda SAW, “Iaitu orang Mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri di jalan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu siapakah lagi? “Baginda menjawab, “yang mengasingkan dirinya di lereng-lereng bukit untuk beribadat kepada tuhan-Nya. Dalam satu riwayat yang lain iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan diri) daripada orang yang melakukan kejahatannya.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
- Sebenar-benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah SWT serta membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai-Nya.
- Islam menuntut umatnya menyeru ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran.
Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin