Iklan Panas

Gejala Murtad - Perkara-perkara yang boleh Menyebabkan Murtad


Menurut Islam, murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada 3 perkara berikut :-

Pertama : Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata.(Mutad Qawli)
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang yang menunjukkan dia menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam, hukum-hukum Islam, menghina Allah S.W.T , menghina Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi lain dan sebagainya , atau seseoarng itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat , wajib berpuasa , wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain. Begitu juga Kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya atau sebaliknya menharamkan sesuatu yang halal atau telah disepakati oleh para ulama tentang halal atau haramnya seperti dia menghalalkan zina , menghalalkan liwat (hubungan sejenis), menghalalkan minum arak atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap semikian boleh menjadi murtad


Kedua : Melalui Perbuatan atau tingkahlaku.(Murtad Fi'li)
Murtad juga boleh berlaku melalui apa-apa perbuatan atau tingkahlaku yang boleh membatalkan imannya, maka sesorang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala , matahari , bulan , manusia , kepada malaikat atau mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah S.W.T. seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain , Begitu juga yang meninggal kan sembahyang fardhu atau puasa Ramadhan dan mengatakan ia tidak wajib, maka ia boleh menjadi murtad kerana mengingkari salah satu perkara wajib yang telahsiketahui oleh setiap orang islam, tetapi kalau dia yakin sembahyang dan puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad, Begitu juga mana-mana perbuatan menghina , merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan Al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atai kitab-kitab hadis dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina.

Ketiga: Melalui Akidah , Kepercayaan atau niat (Murtad I'tiqadi)
Murtad melalui akidah , kepercayaan dan niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari di dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yaki bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jenayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang di dalam masyarakat moden. Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga juka seseorang itu percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lampau, tidak sesuai dengan zaman moden sekarang. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawa oleh baginda, dia beriktikad tidak ada dosa dan pahala , tidak ada syurga dan neraka , manusia tidak dibangkitkan sesudah mati , agama orang kafir lebih baik daripada agama Islam atau berbalik-balik hati antara mahu menjadi kafir pada masa akan datang dan lain-lain lagi keyakinan dan iktikad yang salah.

Pendahuluan
Definisi Murtad
Perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad
Faktor-faktor yang membawa kepada murtad
Implikasi murtad
Syor untuk mencegah gejala murtad
Kesimpulan

No comments:

Post a Comment

Apesal? Apesal? Apesal?

OhBelog? OhBelog? OhBelog

ZuLKiM Blogger