1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya)
3. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
4. (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
5. (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);
Nota : Boleh juga diamalkan dari ayat 1 hingga 3 sahaja.
Bagus diamalkan untuk :
1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
5) Hati yang tertutup utk berkahwin.
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
5) Hati yang tertutup utk berkahwin.
*Amalkanlah dengan hati yang ikhlas kepada Allah. Jika tidak Allah kurniakan didunia, pasti balasan diakhirat itu jauh lebih baik dn beruntung kepada kita.