PENGAMBILAN minuman seperti teh dan kopi akan mengubah warna kecerahan gigi yang secara tidak langsung akan mencacatkan senyuman kamu. Berikut adalah tip untuk memiliki gigi cantik dan sihat :-
1. PETUA klasik untuk memutihkan gigi adalah menggunakan soda
bikarbonat yang diletakkan pada berus gigi untuk mengurangkan hidrogen
peroksida.
2. KITA boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang
diperbuat daripada beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit
garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang
memberus gigi.
3. SARI buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk
menghilangkan kesan karat pada gigi tapi elakkan dari menggunakan secara harian
kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi.
4. KULIT limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut.
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu
menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
5. SELAIN teh dan kopi, buah-buahan seperti anggur merah, ceri,
beri hitam serta beri biru juga mampu mengubah warna kecerahan gigi kamu. Jadi,
berus gigi atau minum air putih selepas makan buah-buahan tersebut untuk
mengelakkan kotoran melekat di gigi kamu.
6. KEJU mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi
gigi. Selain itu, ia turut mengandungi kalsium dan fosfor yang berguna dalam
pembentukan enamel gigi.
7. NIKOTIN yang terkandung dalam rokok akan menyebabkan gigi
kelihatan kekuningan dan sukar untuk dihilangkan kerana ia telah menembusi
enamel. Dalam kes ini, gunakanlah produk pemutih gigi sebagai jalan
penyelesaiannya.
8.
JANGAN lupa membuat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurang enam bulan
sekali untuk membuat scaling bagi mengeluarkan kotoran permukaan yang berpunca
daripada pelbagai makanan.