Terjemahannya :
Penjelasan:
1-Ayat Kursi
diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi
diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana
kebesaran dan kemuliaannya.
2-Syaitan
dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang
dalam perjuangan nya.
3-Rasulallah
s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar
segera menulisnya dan menyebarkannya.
4-Ada
terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi.
Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan
KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
5-Perlu di
ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi
adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Kelebihan Ayat Kursi Dari Sabda Rasulullah
1-Rasullullah SAW
bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
2-Rasullullah SAW
bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
3-Rasullullah SAW
bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
4-Rasullullah SAW
bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat
menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
5-Rasullullah SAW
bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.”
Hadis-Hadis Kelebihan Ayat Kursi
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.