Iklan Panas

Kelebihan Zikir Kalimah 'Laailaha illallah'







Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya kerana kalimah ini banyak kelebihannya. Terdapat banyak hadis Nabi s.a.w yang menceritakan kelebihan kalimah ini. Kelebihan tersebut adalah seperti berikut :

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : “Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafa'atku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari Neraka Jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api Neraka Jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan daripada api Neraka Jahanam”.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki Syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi s.a.w. telah mengulangkannya sebanyak tiga kali)

5. Hadis lain: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu". Para sahabat Rasulullah s.a.w. berkata "Wahai Rasulullah s.a.w. bagaimanakah kami perbaharui iman kami?" Rasulullah s.a.w. menjawab "Ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya".

6. Hadis lain: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :"Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah".

7. Hadis lain:" Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya."

8. Hadis lain: "Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi."

9. Dalam hadis : "Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar."

10. Dari Abi’d Dardaak Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang hamba yang mengucapkan ‘Laa ila ha illallah’ 100 kali, melainkan dibangkitkan Allah Ta’ala di Hari Qiyamat (kelak) sedang mukanya seperti bulan purnama.”

Dari hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa mengucapkan ‘Laa ila ha illallah’ 100 kali sehari, samalah seperti dia dengan memerdekakan 10 orang hamba sahaya dan dicatatlah 100 kebajikan serta dihapuskan 100 kejahatan”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

11. Kalimah “La ilaha illallah” ini adalah zikir pembersih hati dan kunci Syurga.

Diriwayatkan oleh Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke Neraka jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”

Kalimah ini juga dinamakan anak kunci pembuka Syurga kerana Nabi s.a.w pernah bersabda dalam khutbahnya bahawa pintu Syurga akan terbuka pada setiap orang yang menyebut “ Laa ila ha illallah” itu dengan betul-betul ikhlas walaupun sekali dalam seumur hidupnya. Pintu ini banyak tetapi kunci yang satu itu boleh membuka semua pintu tersebut.

Nabi Musa a.s diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa zikir “Laa ila ha illallah” itu adalah ibadat yang paling disukai-Nya sebab kemampuan zikir ini menimbulkan perasaan ikhlas yang mendalam dalam jiwa orang Mukmin.

Nabi s.a.w pernah berkata bahawa sesiapa diantara orang Islam yang mati diakhir kalamnya menyebut kalimah "Laa ila ha illallah" maka ianya akan dimasukkan kedalam Syurga.

Sahabat yang dihormati,
Walaupun kita berada di zaman sains dan teknologi, zaman ict dan internet yang serba cangih tetapi apabila cara hidup kita lari dari peraturan Allah, menyimpang dari maksud sebenar kalimah "Laa ila ha illallah" iaitu mengambil hawa nafsu sebagai tuhan dan meyakini undang-undang ciptaan manusia adalah undang-undang terbaik dan menafikan hak mutlak undang-undang Allah maka manusia seperti ini pada hakikatnya sama seperti umat jahiliyah yang terdahulu. Walaupun mereka membaca kalimah "Laa ila ha illallah" tetapi sekiranya kehidupan mereka lari dari roh (hakikat) kalimah ini maka kalimah ini tidak dapat menyelamatkannya dari seksaan api Neraka.

Oleh itu mari kita amalkan zikir kalimah ini dengan kefahaman yang mendalam diatas tuntutan kalimah ini dan dengan hati yang penuh yakin untuk menyelamatkan kita dari seksaan api Neraka dan dimasukkan kedalam Syurga seluas langit dan bumi melalui mana-mana diantara pintu-pintunya

No comments:

Post a Comment

Apesal? Apesal? Apesal?

OhBelog? OhBelog? OhBelog

ZuLKiM Blogger