Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)
p/s : ni tabiat ke buang tebiat? haha
Iklan Panas
Beza Kambing Hitam dan Kambing Putih
Benarkah Ada Perniagaan Login Dapat Wang ?
Mesti pelik kan kalau bila adanya website yang tertentu yang bila Pelawat login dapat memberikan pulangan wang. Walau pun tak banyak namun kebenaran tentang peluang pendapatan nya adalah sahih.
Pada mulanya ramai yang tidak percaya ,dan hanya menganggap ianya adalah omong-omong kosong, sama juga Zulkim pernah beranggapan. Tetapi akhirnya Zulkim terjebak la satu website yang menyediakan perkhidmatan tersebut yang dalam masa yang sama menyediakan perkhimatan pengiklanan sebagai sumber keuntungannya. Website tersebut adalah :
http://i75.photobucket.com/
Pada mulanya ramai yang tidak percaya ,dan hanya menganggap ianya adalah omong-omong kosong, sama juga Zulkim pernah beranggapan. Tetapi akhirnya Zulkim terjebak la satu website yang menyediakan perkhidmatan tersebut yang dalam masa yang sama menyediakan perkhimatan pengiklanan sebagai sumber keuntungannya. Website tersebut adalah :
http://www.loginwang.com
Website ini menghendaki pelawat untuk mendaftar secara percuma sahaja untuk melayakkan pelawat menerima RM0.50 setiap hari dengan syarat kena login lah. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi orang pelawat untuk pelawat menjana pendapatan dengan lebih pantas. Oleh itu sebagai Pelawat blog zulkim ni , anda klik dan baca la sendiri apa yang terkandung di dalam website ini
http://www.loginwang.com
Baca dan fahamkan k, sebab kefahaman tersebut lah telah membuahkan hasil pertama Zulkim . Alhamdullah syukur
pendapatan 17 September 2012
http://i75.photobucket.com/ albums/i291/jijoslam/ notificationemail.jpg
http://i75.photobucket.com/ albums/i291/jijoslam/ loginwangwithdraw.jpg
Terkejut 3 macam Zulkim bila terima pendapatan tidak diduga ini.
Opocot eh melatah pulak hehehe....
Altenatif lain untuk kefahaman pelawat sila klik sini
9 Jenis Anak Syaitan
Menurut Khalifa Umar Bin Khattab R.A.
Setiap pasangan yang mempunyai status 'kahwin' pasti inginkan anak dari hasil perkahwinan mereka, tetapi awas dengan memberikan nama gelaran anak anda. Jauhkan 9 nama anak syaitan yang anda perlu ketahui.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Murrah
Merosakkan dan melalaikan orang yg suka mendengar muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dll.
2. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.
3. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Zalituun
Duduk di pasar / kedai. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
6. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama'.
7. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
Panduan Solat Qasar dan Jama'
Berikut adalah takrifan-takrifan yang perlu diketahui berkaitan solat sunat Qasar.
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’. ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah
bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada
solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ASMA-UL-HUSNA : Fadhilat Serta Khasiatnya
"ALLAH
mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat
ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu."
- (Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah:
"Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru.
Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah
ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang
baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi
Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah
s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa
menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat
Bukhari
Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah
merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung
didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama
tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah
ini:
ALLAHU
Ertinya : Yang
mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan
rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu,
maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
AR RAHMAANU
Ertinya : Kasihsayang kepada
hambaNya didunia.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali,
Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
AR RAHIIMU
Ertinya : Yang
Kasihsayang kepada orang-orang mukmin
pada hari Akhir
KHASIATNYA :
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya
akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah S.W.T.
.
AL MALIKU
Ertinya : Yang
Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA : Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada
fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan
pintu yang dibukakan Allah S.W.T. baginya.
AL QUDDUUSU
Ertinya : Yang Maha
Suci
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika
tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya,
dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada
bala.
AS SALAAMU
Ertinya : Sejahtera
daripada kekurangan
KHASIATNYA : Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali
dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan
mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan
khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
AL MU'MINU
Ertinya : Yang
Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA : Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa
ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya,
dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.
AL MUHAIMINU
Ertinya : Yang Sangat
Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama
diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap
bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah
sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
AL'AZIIZ
Ertinya : Yang
Menyalahkan.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan
yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan
dimuliakan oleh Allah S.W.T. dan tidak dihajatkan
dia kepada seseorang dari makhlukNya.
AL JABBAARU
Ertinya :Yang Sangat
Gagah.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada
pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah S.W.T akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
AL MUTAKABBIRU
Ertinya : Yang Maha Besar.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang
yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
AL KHAALIQU
Ertinya : Yang Menciptakan
MakhlukNya.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan
diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau
lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali,
Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah S.W.T.
AL BAARI-U
Ertinya :Yang Menerbitkan
Makhluk.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia
akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan
barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut
dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala
penyakit dalam tangannya.
AL MUSHAWWIRU
Ertinya
: Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan
menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
AL GHAFFAARU
Ertinya : Sangat Mengampuni.
Ertinya : Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat,
Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.
AL QAHHAARU
Ertinya : Yang Sangat Keras.
Ertinya : Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA : Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah
keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah S.W.T. dan zahir baginya pertolongan Allah S.W.T.atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian
mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan
hajatnya.
AL WAHHAABU
AL WAHHAABU
Ertinya : Yang Sangat
Memberi.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai
sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan
dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan
membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah
dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AR RAZZAQU
AR RAZZAQU
Ertinya : Yang Sangat Memberi
Rezeki.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah
ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan
dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila
berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir
sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum
makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.
AL FATTAHU
AL FATTAHU
Ertinya : Yang Membuka Khazanah
Rahmat.
KHASIATNYA : Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan
tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya,
dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
AL'ALIIMU
AL'ALIIMU
Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu
sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta
iman yang sempurna.
AL QAABIDHU
Ertinya : Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
Ertinya : Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari
pengancamnya.
AL BAASITHU
Ertinya : Maha Melapangkan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan
rezeki dan ilmunya.
AL KHAAFIDHU
Ertinya : Yang Menurunkan.
KHASIATNYA : Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk)
sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta
dikabulkan hajatnya.
AR RAAFI'U
AR RAAFI'U
Ertinya Maha
Mengangkat.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti
hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
AL MU'IZZU
Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA : Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak
140 kali.
AL MUDZILLU
AL MUDZILLU
Ertinya : Yang Merendahkan atau
Menghinakan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan
namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila
dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan
musuh daripadanya.
AS SAMII'U
Ertinya : Maha Mendengar.
KHASIATNYA : Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis,
maka doanya akan ditunaikan oleh Allah S.W.T. dan
akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan
menjadi baik.
AL BASHIIRU
Ertinya : Maha Melihat.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti
fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
AL HAKAMU
Ertinya : Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68
kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
AL'ADLU
Ertinya : Yang Maha Adil.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan
menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain
kepadanya.
AL LATHIIFU
Ertinya : Yang Maha Halus.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau
perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
AL KHABIIRU
Ertinya : Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA : Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah
akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
AL HALIIMU
Ertinya : Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan
dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
AL'AZHIIMU
Ertinya : Maha Agung.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera
sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL GHAFUURU
Ertinya : Maha Pengampun.
KHASIATNYA : Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali,
Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY SYAKUURU
Ertinya : Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA : Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan
atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya
atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
AL'ALIYYU
Ertinya : Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA : Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya
sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia
akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL KABIIRU
Ertinya : Yang Maha Besar.
KHASIATNYA : Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak
1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya,
pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil
rasuah dan lain-lain.
AL HAFIIZHU
Ertinya : Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA : Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca
sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan
tersebut diatas.
AL MUQI ITU
Ertinya : Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA : Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah
sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL HASIIBU
Ertinya : Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA : Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap
selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah
sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau
pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL JALIILU
Ertinya : Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya,
pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.
AL KARIIMU
Ertinya : Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali
atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
AR RAQIIBU
Ertinya : Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan
barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL MAJIIBU
Ertinya : Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali,
Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah S.W.T.
AL WAASI'U
Ertinya : Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali
pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
AL HAKIIMU
Ertinya : Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak
300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah
akan menerima ilmu-ilmu apapun.
AL WADUUDU
Ertinya : Maha Mencintai orang-orang yang beriman
Ertinya : Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala
hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
AL MAJIIDU
Ertinya : Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan
tenteram semua anggota keluarganya.
AL BAA'ITSU
Ertinya : Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti
Allah S.W.T. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.
ASY SYAHIIDU
Ertinya : Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau
keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL HAQQU
Ertinya : Maha Besar.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
AL WAKIILU
Ertinya : Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA : Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut,
gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga
apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
AL QAWIYYU
Ertinya :Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA : Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan
dilepaskan ia daripadanya.
AL MATIINU
Ertinya : Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA : Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca
sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU),
Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
AL HAMIIDU
Ertinya : Yang Terpuji.
KHASIATNYA :
Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali,
Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL MUHSHII
Ertinya : Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA : Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang
yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL MUBDI-U
Ertinya : Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA : Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali,
Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
AL MU'IIDU
Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA : Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum
sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan
izin Allah S.W.T. akan kembali lagi.
AL MUHYI
Ertinya : Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan
dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL MUMIITU
Ertinya : Yang Mematikan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat
menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU
Ertinya :Yang Hidup.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
AL QAYYUUM
Ertinya : Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA : Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum)
setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan
dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan
dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
AL WAAJIDU
Ertinya : Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA : Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL MAAJIDU
Ertinya : Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang
hatinya.
AL WAAHIDU
Ertinya : Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa
satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya
akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH SHAMADU
Ertinya : Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA : Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu
tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan
segala macam hajatnya.
AL QAADIRU
Ertinya : Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA : Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua
rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
AL MUQTADIRU
Ertinya :Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA : Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat
hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T.
AL MUQADDIMU
Ertinya : Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA : Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali
pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang
mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan
mendapat kemudhratan.
AL MUAKHHIRU
Ertinya : Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
AL AWWALU
Ertinya : Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA : Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan
dikabulkan hajatnya.
AL AKHIIRU
Ertinya : Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali,
Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
AZH ZHAHIIRU
Ertinya : Maha Nyata.
KHASIATNYA : Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106
kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki
oleh orang biasa.
AL BAATHINU
Ertinya : Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA : Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da
sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu
yamg jarang dimiliki oleh manusia.
AL WAALIYY
Ertinya : Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA : Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti
hatinya akan terbuka atau futuh.
AL MUTA'AALII
Ertinya : Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA : Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia
akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
ALBARRU
Ertinya : Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA : Untuk
memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
AT TAWWAABU
Ertinya : Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA : Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan
berhasil segala apa yang diinginkan.
AL MUNTAQIMU
Ertinya : Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA : Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang
fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
AL 'AFUWWU
Ertinya : Yang memberi maaf.
KHASIATNYA : Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.
AL MAALIKUL MULKI
Ertinya : Zat yang mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA : Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya,
dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212
kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal
pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
DZUL JALAALI wal IKRAAMI
Ertinya : Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA : Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu
bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
AL MUQSITHU
Ertinya : Yang sangat Adil.
KHASIATNYA : Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was
syaitan laknatullah dalam ibadah.
AL JAAMI'U
Ertinya : Yang Mengumpulkan.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan
dikumpulkan segala maksudnya.
AL GHANIYYU
Ertinya : Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA : Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang
lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
AL MUGHNII
Ertinya : Zat yang memberi kekayaan.
KHASIATNYA : Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi
kaya berkat kurniaan Allah S.W.T.
AL MAANI ' U
Ertinya : Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA : Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da
sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan
selamat dari perbuatan mereka itu.
ADH DHAARU
Ertinya : Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA : Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma
ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah S.W.T. penyakit tersebut akan segera sembuh.
AN NAAFI ' U
Ertinya : Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA : Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap
hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati
ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas
kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
AN NUURU
Ertinya : Yang menerangi.
KHASIATNYA : Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan
hatinya dan anggotanya.
AL BADII ' U
Ertinya : Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA : Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da
sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
AL BAAQII
Ertinya : Maha Kekal.
KHASIATNYA : Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat
banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan
jumlah, Insyaallah.
AL WAARITSU
Ertinya :Yang kembali
kepadaNya sekali
makhluk.
KHASIATNYA :
Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707
kali, Insyaallah usaha akan maju.
AR RASYIIDU
Ertinya : Yang Memberi
Petunjuk.
KHASIATNYA : Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
AS SABUURU
Ertinya : Sangat Sabar.
KHASIATNYA : Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit
matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk
membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca
setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti
segala urusan akan berhasil dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)