Iklan Panas

9 Jenis Anak Syaitan



 Menurut Khalifa Umar Bin Khattab R.A.

Setiap pasangan yang mempunyai status 'kahwin' pasti inginkan anak dari hasil perkahwinan mereka, tetapi awas dengan memberikan nama gelaran anak anda. Jauhkan 9 nama anak syaitan yang anda perlu ketahui.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Murrah
Merosakkan dan melalaikan orang yg suka mendengar muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dll.

2. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

3. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Zalituun
Duduk di pasar / kedai. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

6. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama'.

7. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

No comments:

Post a Comment

Apesal? Apesal? Apesal?

OhBelog? OhBelog? OhBelog

ZuLKiM Blogger