SOLAT tidak sah sekiranya tiada wuduk. Sesungguhnya wuduk banyak kelebihannya dari sudut agama dan kesihatan.
SAUDARA PENGARANG, Mungkin kita tidak menyedari tentang kelebihan berwuduk dari sudut kesihatan. Antara kelebihan berwuduk, diri kita sentiasa bersih. Selain itu wuduk dapat menghindarkan kita daripada bahaya keracunan antaranya perbuatan memasukkan air ke dalam hidung.
Keracunan itu terjadi kerana adanya pertumbuhan bakteria berbahaya dalam lubang hidung. Dari lubang hidung ini, bakteria boleh masuk ke dalam usus sehingga menimbulkan radang dan berbagai-bagai penyakit terutama apabila bakteria itu telah masuk melalui peredaran darah.
Adapun berkumur-kumur dalam wuduk telah terbukti dapat menjaga mulut dan tekak daripada sisa-sisa makanan yang barangkali masih tersisa di dalam mulut. Membasuh wajah, dua tangan hingga ke siku dan dua telapak kaki memiliki manfaat dalam menghilangkan debu dan bakteria.
Di samping itu wuduk juga mampu membersihkan wajah daripada kandungan lemak yang keluar dari kelenjar kulit dan keringat. Inilah antara kelebihan berwuduk.
Tetapi apa yang lebih penting Rasulullah SAW dalam satu hadis telah menerangkan mengenai kelebihan berwuduk yang antara lain anggota berwuduk itu akan mengeluarkan cahaya ketika akhirat kelak.
Rasulullah bersabda: “Se-sungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti dalam keadaan, dahi, dua tangan dan kaki mereka bercahaya kerana wuduk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
NURHAYATI NOOR RAHMAT
Jitra, Kedah.
Sumber ; [utusan.com.my]
No comments:
Post a Comment